Sekolah dan Persekitaran

NUR ANIS MAISARAH BINTI MOHAMAD
(D20191089639)
Rumusan daripada Sekolah dan Persekitaran
    Kesimpulannya, sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat perlulah berganding bahu dalam mencapai matlamat sekolah. Namun, matlamat yang di kejar tidak akan tercapai jika hubungan yang terjalin antara guru dan juga masyarakat tiada sefahaman. Oleh itu, mereka hendaklah bekerjasama dan saling meletakkan usaha yang semaksimum mungkin agar pelajar dapat menerima faedah daripada usaha itu iaitu dengan peningkatan dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI). 
  Seterusnya, sekolah dan persekitaran itu mempunyai hubungan yang kuat kerana kedua-duanya memainkan peranan yang penting. Misalnya tujuan sekolah di tubuhkan adalah untuk melahirkan generasi yang cemerlang manakala persekitaran yang baik menambahkan lagi peluang untuk menjayakan lagi hasrat tersebut. Namun, jika terdapat kekurangan yang jelas dan mampu untuk menjejaskan, hasrat dan usaha-usaha pihak berwajib tidak akan memberi sebarang impak dan di kategorikan sebagai satu usaha yang sia-sia. Oleh itu, semua pihak hendaklah memberikan kerjasama yang maksimum untuk mencapai hasrat tersebut kerana setiap sekolah mampu untuk bergerak dengan lebih jauh sekiranya masalah yang ada dapat di selesaikan.
    Selain itu, guru hendaklah memberikan peluang yang sama rata terhadap pelajar walaupun mereka bukanlah dari kelas cemerlang. Hal ini demikian kerana mereka juga mampu memberikan yang terbaik jika usaha mereka di dokong oleh guru. Walaupun mereka sedikit lemah tetapi dengan usaha dan keazaman yang kuat, mereka mampu untuk mengubah persepsi guru dan juga orang lain. Perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku dalam sekolah kerana ia akan merundumkan minat dan perhatian pelajar terhadap pembelajaran. Orang-orang dahulu pernah berkata bahawa ‘belakang parang kalau di asah, akan tajam jua’. Jelaslah bahawa dengan memberi peluang yang sama terhadap semua pelajar, pembelajaran abad ke-21 dapat di praktikkan.
     Di samping itu, ibu bapa seharusnya memberi komitmen terhadap perkembangan  dan kebajikan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana mereka agak kurang prihatin dengan PIBG. Mereka tidak seharusnya merasakan bahawa perjumpaan persatuan tersebut yang diadakan secara berkala itu tida penting. Ini kerana perbincangan masalah-masalah yang berlaku di sekolah seperti masalah sosial pelajar, kekurangan fasiliti dan lain-lain akan diketengahkan ketika majlis tersebut berlangsung. Oleh itu, masalah-masalah yang ada dapat di selesaikan jika semua pihak memberi kerjasama yang baik.
x

Comments