Sekolah dan Persekitaran
NUR ANIS MAISARAH BINTI MOHAMAD (D20191089639) Rumusan daripada Sekolah dan Persekitaran Kesimpulannya, sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat perlulah berganding bahu dalam mencapai matlamat sekolah. Namun, matlamat yang di kejar tidak akan tercapai jika hubungan yang terjalin antara guru dan juga masyarakat tiada sefahaman. Oleh itu, mereka hendaklah bekerjasama dan saling meletakkan usaha yang semaksimum mungkin agar pelajar dapat menerima faedah daripada usaha itu iaitu dengan peningkatan dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI). Seterusnya, sekolah dan persekitaran itu mempunyai hubungan yang kuat kerana kedua-duanya memainkan peranan yang penting. Misalnya tujuan sekolah di tubuhkan adalah untuk melahirkan generasi yang cemerlang manakala persekitaran yang baik menambahkan lagi peluang untuk menjayakan lagi hasrat tersebut. Namun, jika terdapat kekurangan yang jelas dan mampu untuk menjejaskan, hasrat dan usaha-usaha pihak be...